How can I help you

Name:
Handphone No
Email Address:
Occupation
Where do you live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis,Kedah,Penang,Perak
Pahang, Terengganu,Kelantan
Sabah,Sarawak
Negeri Sembilan,Melaka, Johor
Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

This contact form was created by Freedback.

Thursday, 31 May 2012

Extravaganza Singapore 2012~

Tuesday, 8 May 2012

Event PERTAMA yang MERUBAH KEHIDUPAN. Alhamdulillah

Bismillah

Ingat lagi. event pertama aku STS di Berjaya Hotel Times Square. 12Feb2011

Aku tanya pada Syera, apa yang patut aku bawak ke STS?
Syera jawab buku nota and kamera.
Pagi tu, lepas janji dengan Syera, aku pakai helmet, naik motor atok. ke rumah bapak Syera and Maryam.
tumpang kete Ixora yang Syera and Maryam belikan utk makcik.
Maryam drive laju~laju gile.
and singgah kejap di USIM Nilai. Ambik Wani and the gang~ huhuhu
Masa dalam van, Syera cakap dengan adik-adik USIM. ''Ni la kereta yang kami belikan untuk mak kami. Alhamdulillah dengan duit Herbalife =)"

Sampai je kat Times Square, event belum pun mula lagi.
Product yang pertama Syera perkenal pada aku ialah Herbalife Tea.
Tapi outer nutrition yang dia apply depan mata aku ialah skin booster Radiant C masa nak g kenduri kahwin Paeid

Punyalah ramai org masa tu.
Nak masuk dalam hall, korang boleh bayangkan tak macam mana nak masuk dalam Komuter?
tak payah susah2. org belakang tolak, ko jengket2 kaki je kene tolak~ phew..
Event Herbalife mmg selalu ramai. Macam-macam jenis manusia. Tak de marah-marah ngamok-ngamok pun. Sume happy-happy je nak masuk dewan. hahaha

Boleh tak, masa tu jumpa Safrina, guest Ika and Rudi. (dah kahwin da dia sekarang, student Master lagi) batch setahun bawah masa kat SMADKLANA dulu.
(samelah 1st time dtg STS)

Masa tu la jumpa Zuneka (1stLine Syera student UIA dari Riau, Indonesia), kecik je orang nye, terer betul menyelit-nyelit. Dia da gambar-gambarkan. Nanti masa kat Extravaganza lagi ramai orang. Extravaganza?Wooaahhhh~

Masa tu jugak la jumpa Anis Amalina yang 1st time attend STS. Wahahah.. samelah kite~

Syera tak duduk dekat pun dgn aku. Disebabkan ramai yang dtg sampai hampir 800. 
Aku rasa sorang-sorang? Nasib baik Syera tinggalkan aku, and aku duduk jauh dari dia. Dia nak aku fokus.
So,yang da lama dengan Herbalife, dorang bersila kat depan sekali coz let go their seat kepada new guest~
Syera cakap lagi "Tak pernah lagi STS macam ni punya ramai. 1st time". See, ade je sejarah baru

Aku ingat lagi.. STS yang tu, presenter nya  Kak Fatin, abg Fadhil Muda, Mel and beberapa orang lagi.  Uncle Allen and Aunt Asriah, pulak as the guest speaker.
(Uncle adakan slides about Syera and Maryam waktu tu, aku  yang terharu. Part kelaka bila Uncle kata, dia cilok gambar dorang dari Facebook.wahaha)

Bayangkan. Aku datang dan berada dalam hall dari awal pagi sampai habis dalam keadaan yang kosong dan blur. Masa dalam kereta Syera kata BAGUS. YOUR CUP IS EMPTY. Keadaan yang tak selesa langsung. Hati memberontak-meronta nak tau deep about Herbalife. 
  • Apa yang best sangat Herbalife sampai orang tak sabar-sabar nak mulakan business?
  • Apa yang mudah sangat sampai raaaaamaaaaaii  sangat student, orang yang bekerja, and suri rumah yang asalnya dari keluarga susah boleh buat secara parttime dan berubah kehidupan?
  • Apa yang stabil dan menjaminkan masa depan hinggakan ramai sudent yang da habis belajar tak terfikir untuk pergi cari kerja lain? Dan jadikan Herbalife sebagai career seumur hidup?
  • Apa yang membahagiakan sangat hingga ramai anak-anak muda berpeluang pergi belajar keluar negara untuk event antarabangsa?
  • Apa rahsia hinggakan walaupun student masa tu cth ramai yang buat extra rm300-rm1500,  Syera rm5000-rm8000, Mel and Maryam income RM18,000-Rm 24,000 boleh jana income tiap-tiap bulan, sekarang apatah lagi? 
  • Apa yang mudah sangat sampai guna cuma produk, kerja kuat, share dengan ramai orang dan datang event merupakan formula untuk berjaya dengan Herbalife? 
  • Yang paling best surrounding. crowd dia. Apa yang membuatkan ramai orang positif dengan Herbalife?
  • Anak-anak muda tak nak fikir untuk buang masa dan berputus asa. tak mudah melatah. dan matang dari usia sebenar dengan financial freedom.
  • Lagi satu! Ramainya budak-budak muda walaupun student yang kahwin awal dengan financial freedom. Mereka mampu jalankan majlis tak perlu sepenuhnya support parents. KAGUM! (jangan salah sangka. student U juga ramai yang bernikah awal. dan ramai juga yang nikah dan masih lagi dibawah tanggungan keluarga)
  • Kalau setakat fikir-fikir nak kawan-kawan, tak fikir nak kahwin.. maaf, cari yang diluar. Bukan di Herbalife.
And alhamdulillah. Sebenarnya, apa sahaja di dalam training Herbalife semuanya hampir sama. Permulaan dan kelemahan yang hampir sama dengan aku dan orang lain jugak. Yang berbeza journey hingga ke hari ini. Perjalanan yang pelbagai nak mencapai apa yang dikehendaki. Dan mereka dah pun mencapainya.
Keje aku, selain jot down notes, aku lap-lap air mata sebab sedih. 

Orang yang datang ke dalam Herbalife pelbagai sebab antaranya:
Hidup terlalu terdesak nak merubah kehidupan. (disebalik kesusahan dan saat paling gelap dalam hidup, diri mencari-cari jalan keluar)
Untuk cari peluang perniagaan (ada yang suka buat kerja part time)
Nak tahu lebih lanjut about produk
Ikut kawan-kawan
Terinspirasi

Sebelum habis event, the last 5minutes dalam hall. Ada promotion.waaarrghh..macam-macam dan best-best pulak kot.
Susan Peterson akan datang ke Malaysia. Aku terus pandang Syera and aku cakap, aku nak datang event yang ini. Oke memang mencabar waktu ni. Boleh baca link kisah perjalanan aku 1st time driving ke KL ye..  -_-' 
sila jangan gelakkan aku~
*Yang selebihnya buat aku tercengang-cengang...telan air liur jela.. Herbalife give away promotion gila  best  tak ingat!
Extravaganza Bangkok May 2011.
5 Get 5 (pun open to fully qualified SV -_-')
Gold Coast Apac Herbalife free vacay. (aku teruja. but open to Fully qualified Supervisor only.best gile)
Free Ipad 2 (teruja lagi. but open to fully qualified Sv only. hoomaii..aku yang jadi separuh gila sebab excited walaupun, tak boleh qualify lagi)

Saat paling merubah hidup aku. Saat post meeting dengan team Farah Syahirah.
Memang biasa, after meeting, akan dijemput orang-orang baru untuk share apa-apa sahaja decision. 
Syera tanya, walaupun masa tu, aku tak tau nak decide apa. (ingatkan kawan-kawan, lepas la hahah) 
Since aku tengok ramai cakap mahu Supervisor sebelum akhir bulan, aku? 
(Kenapa akhir bulan? kalau buat lebih awal lebih baik, which is Syera memang da betul-betul bagitau yang best position in Herbalife ialah SUPERVISOR, dan yang mana, dalam masa yang sama aku dah sebok-sebok tanya, cane nak g Gold Coast and Bangkok tu Syera? at the end, disebabkan hati aku bercampur baur, aku diam-diam and terus decide.) 
"ape kata Supervisor sebelum hujung minggu ni?"erkkk..~
Oke..Allah terus makbulkan. Alhamdulillah. Bahagia dan Seronok. Sebab buat solid decision. 
masa tu, aku bermula dengan info yang kosong, tak tahu nak buat apa. macam mana nak cakap dengan orang? tak tahu macam mana nak mula business, nak guna apa? segala-galanya tanda soal dalam kepala.

Ape susah,nak buat Herbalife, ko tau kan Herbalife bukan skim cepat kayo?
ko nak achieve dream and kejayaan dengan izin Allah dan kerja kuat kan? nak berjaya kan?
Buat jela apa yang Syera, Maryam dan yang lain-lain buat. Ulang-ulang-ulang tanpa putus asa. Nak kata Herbalife ni tipu orang dan korang takkan berjaya. Aku tengok dorang pun tak quit Herbalife dan still growing their biz and as a person sampai harini.

Takde pun masuk biz ni quit. cuba biz tu, quit...
Maksudnya, Syera and Maryam, even ramai lagi budak-budak muda yang bersama biz ni lebih dari 3tahun, takkan korang tak terfikir yang biz ni terbukti kukuh dan lain dari yang lain. 
Use the product, gi belajar, spread your wings go and learn, attend all events, teachable, kerja and achieve your dreams~ part yang best, you are your own bos gitewww.

Hati aku cuak untuk buat Herbalife? hmmm.. jap-jap.. 
Tak, Hati aku sangat tenang. Memang Allah detikkan hati dengan ilham dan detikan hati yang terbaik. Sampai sekarang tak da detikan hati untuk menyesal. (tak baik mngeluh lepas cakap kekesalan selepas buat keputusan untuk kebaikan. ALLAH tarik nikmat semula umpama serta merta. macam-macam rentetan yang tak baik boleh berlaku.. tak puas hati.mengumpat.dsbg)

Malah bertambah-tambah rasa syukur. Thank you sangat-sangat pada Syera yang memperkenalkan Herbalife pada aku. Thank you jugak kerana membuka mata aku untuk membuat keputusan. Tidak salah untuk berimpian serta mencapai impian dengan izin Allah. Segala-galanya dari kekuatan DIA da aturkan. Bahagian harta dan kejayaan bukan milik kita seorang. Untuk insan-insan yang ada dekat dengan aku sekarang, Suami, Mak, Atuk Wan, Adik beradik dan keluarga besar. Akan datang, untuk anak-anak.

Sehabis sahaja meeting, lupa kejap yang Syera masih lagi rulltime student nak balik kampus. Aku patah balik Seremban semula dengan Maryam and Hafiz (Maryam pun masa tu ulang alik Seremban-Kuantan masih lagi belajar dibidang farmasi, uuhh..gigih sangat2)~

Moralnya...Watch whatever yang kita akan cakap dan keluarkan dari mulut kita ni yu'ols.
Selalu cakap perkara-perkara yang positif ye. Again...KATA-KATA itu DOA. 
Nak perkara baik-baik berlaku. Selalu la cakap yang baik-baik. Dan sebaliknya.Nauzubillah 

Jangan risau untuk seorang dalam Herbalife. Kerana semua bermula dengan seorang diri. Keputusan sendiri. Hakikatnya,kita xkan berseorangan lagi selepas kita berkeputusan untuk berubah~
Sekarang ramai kawan-kawan and yang buat biz adik-beradik satu keluarga dalam Herbalife dan selalu attend events sama-sama~
See..bukan orang jauh pun~

Syera+Aziz and Maryam+Hafiz (dua beradik husband and wife)
Aku and Abang Dzul 
Sue (bestie dari SRIAS) adik beradik- Sue, Atul, Hanan.
Fatin 'Afifah (bestie Hanan di Shams) dan adik beradik- Atin, Atiqah and Aman
Julyarnis (classmate aku and Syera masa zaman sekolah SmadKlana)- Ijul, Ijad (tunang ijul) and Anwar ( kawan sekerja)
Ezza Narziefa (Schoolmate SmadKlana aku , Sue, Ijul and Syera)
Jannah (bestie atul, Schoolmate kitorang kat Smadklana and Smaskp)
Abang Hj. Firdaus (ustaz di Kuala Pilah, kawan abang, schoolmate SMadklana kitorang jugak)
Kak Linda ( cousin abang )... 
dan ramaaaai lagi.

Alhamdulillah, Allah, aku bersyukur yang teramat~
Sebab Syera dtg ke rumah Su share about Herbalife, dan Maryam share blog Mel di FB.
pssst~ aku pun stok yang stalk blog AMALINA PETER yang memberi inspirasi banyak-banyak sangat tu (^.^)v..

hahaha.. k bai


Earn extra income, Be beautiful, happy and Healthy FarahDzul Independent Herbalife Distributor and Personal Wellness Coach =) call me now!!016-9010257

Extravaganza Checklist team Farah Dzul sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Important!
Berikut ialah short check list team Farah Syahirah, yang di inform semasa Focus Group (Farah Dzul) Sabtu lepas.

Kita akan bertolak ke Singapore pada 15hb Mei 2012 Selasa malam Rabu pada waktu malam.

1) Seramai 38 orang team Farah Syahirah akan berkumpul dan depart dengan bas dari UIA Gombak :-
 Tarikh : 15.5.2012
 Watu berkumpul : 11.00 pm (sampai lebih awal lebih baik)
 Tempat parking : Convest hill UIA Gombak (digalakkan carpool dan parking di dalam UIA kerana               kawasan UIA lebih selamat inshaAllah)

2) Bag packing betul-betul dan kemas.
supaya semasa di imigresen Singapore nanti barang tak jatuh-jatuh atau bersepah-sepah. Dikhuatiri mudah hilang


3) Passport dan duit yang secukupnya. 


4) Siap sedia sejadah diluar lugage bag. 
Kita akan solat subuh dimana-mana sahaja.

5) Kita akan ke Universal Studio Singapore pada Rabu, 16hb Mei 2012. 



6) Jangan lupa untuk membayar phone bill supaya tiada masalah roaming di Singapore 
(bagi yang perlu)

8) Radio/mp3 yang berfungsi frekuensi fm dan ear/headphone.
Untuk translation. jgn lupa bawa charger atau bateri secukupnya. if habis bateri tak best nak share-share. mudah hilang fokus.
(Kebanyakan Distributor Herbalife dari negara luar seperti Jepun, Hong Kong, Indonesia, Thai, dll akan bercakap dalam bahasa ibunda negara masing-masing)

9) Buku nota, pen dan kamera.


10) Extension plug 
supaya tidak berebut 1 plug di bilik hotel untuk charge hp/kamera/radio


11) Bekal product yang secukupnya. shaker cup. botol air.
(Tata syorkan adakan Omega 3 sekali utk makan byk2 elak demam)

*Segala info terbaru akan diberitahu secepat mungkin. InshaAllah.

** Nak bawa bendera Malaysia besar boleh juga =).
boleh kibar-kibar and pegang masa ambil gambar dgn org Jepun, India, Thai, Hong Kong, Taiwan dll nnti.

***Jaga kesihatan, tak sabar nak timba ilmu bersama-sama dengan Distributor Herbalife seramai lebih dari 22,000 dari 13 buah negara Asia Pasific.

**** Alert juga dengan apa-apa info terkini dari leader kita k~

See you in Extravaganza Singapore 2012!!


Earn extra income, Be beautiful, happy and Healthy FarahDzul Independent Herbalife Distributor and Personal Wellness Coach =) call me now!!016-9010257

Monday, 23 April 2012

Makan biar sedap. Xsedap xmain lah~

Assalamualaikum~
Bismillah
Have you had your shake today?!!


okay2.. Saya Farah. Saya suka makan makanan yang sedap. saya bukan lah org yang terlalu memilih untuk makan, dan juga, kurang cerewet.


Saya contra sikit bila dibandingkan dengan suami saya.
Dia suka makan sedap. walaupun bukan seorang yang cerewet atas pemilihan makanan, tapi dia cerewet bab sedap. if xsedap, dia reject. 

Walaupun best, bila kadang2 ada telur je kat rumah, dia ok je if saya cuma buatkan telur masak kicap. 
Tapi kesian bila dia makan kat kedai, hidangan yang dipilih tak memenuhi selera dia. Kalau ala kadar, setakat masak buat cincai2..dia tolak tepi. Sebab prinsip abang macam ni.
"Abang bayar makanan abang bukan untuk dia masak cincai2"

Hehehe, disini bukan nak cerita ngumpat2 abang
Maaf, bukan nak mengumpat jejaka kacak diatas~ ahaks ;-D
*laki aku, lantak aku la~ bhahah
Korang kenal k sape-sape yang sgt cerewet bab makan?
suka makan sedap-sedap selalu.
Kot kalau-kalau ade yang korang kenal pegangan prinsip dia macam ni pulak,
"MAKAN, biar MAHAL asalkan SEDAP! Baru BERBALOI2".. oke, ramai yang aku kenal macam ni. 


Tapi kesian tau, bila kawan-kawan kita, family kita, yang suka makan sedap, now dia suffer-sakit. And so much now depending on ubat-ubatan.


And bila dia sangat-sangat serius nak makan Herbalife, masa telan je, tekak tak boleh terima, katanya xsedap.


Maaf, Herbalife bukan susu. Susu hanya dari mamalia, mana ade sumber susu dari tumbuh-tumbuhan kan?
Nama pun Herbalife, ia HERBS okay~


Maaf lagi~ 
F1 perisa Choc is not MILO. F1 flavor Vanilla, not even likely similar to HORLICKS. F1 flavor Cappucino pun, bukan 3 in 1 instant kopi mana-mana syarikat.


Seperti yang saya terangkan berkali-kali kan.
Herbalife ialah syarikat nutrisi. dan produk-produknya cuma nutrisi. and lagi satu bukan ubat-ubatan.
lagi skali kau claim bukan-bukan, just talk to the hand~ bhahahaha


Jauh menyimpang da nitau~
Cerita pasal makan sedap tadi, haa ok..


Herbalife ni sedap sebenarnya.
Rasa dia jauh lebih bagus untuk tekak dan lidah simpang 100% dari rasa dahsyat air akar kayu. Bhahahahaha


Oke, since Formula 1 Herbalife, ada 5 flavour di Malaysia:-

1) Dutch Chocolate
2) French Vanilla
3) Strawberry
4) Cappucino
5) Tropical Fruit


Boleh sangat-sangatlah kalau nak buat Shake dengan cara biasa which is, Formula 1+ Formula 3+ air suhu bilik/sejuk/ais.


Luar biasa lagi, Herbalife shake ni boleh dipelbagaikan resepi. Hehehe..
bahagialah nak shake selalu,  bila shake bertambah-tambah sedap ni~ 
=D *Senyum tunjuk gigi puas hati sampai esok pagi.


Sekarang ni saya bukak Formula 1 flavor choc. hihihi.
jom tengok resepi sarapan 2 minit dah siap saya pagi tadi~


Step 1
Ada susu Strawberry~tuang dalam shaker cup agak-agak banyak tu je, saya suka untuk ubah2 rasa~ =)
nak campur jus buah pun boleh, air soya k..
Step 2
Tuangkan sekali air sejuk hingga sukatan air 450ml atau lebih (ikut suka).
Step 3
campurkan 2 scoop F1 membubu.( selalunya saya ltk 2-3)
Step 4
Campurkan sekali 2 scoop flat F3~
Step 5
Now, additional fiber lebih mengenyangkan. Nestum. sedap weh~
Selalunya, saya akan campurkan atau blend dengan oats k and fresh fruit yang kaya serat jugak, seperti epal hijau/merah, kiwi, carrot, celery stalk, tomato pon pernah hahah. Suka hati lah nak buat macam mana y korang nak~
Last but not least
Settle je shake sampai sebati, da boleh minum~
oh ye, if korang suka sangat ice blended, boleh je masukkan sekali ais or blend~
slluurrrpp..mashaAllah sedapnye lahai~  
Tadaaaa..
kan da siap sarapan yang sedap macam ais krim!
Alhamdulillah.
Kita minum dulu aaa~

Kadang-kadang sukati je, campur shake dengan yogurt less fat 2sudu k,Tea Mix k, NW formula sekali k, or Aloe.. hahahha
Oke, banyak lagi resepi shake yang korang boleh cuba, buat la sesedap mana yang korang nak dan menyihatkan tubuh badan.
Yang penting, korang sarapan yang berhkhasiat and kurang kalori~
Sarapan yang simple dan sihat mmbuatkan kita tak stress untuk fikir, dan otak pun tak stress sepanjang hari. Sel-sel badan happy, kita pun happy~ wahahaha

*jangan pening-pening k, saya selalu je buat shake yang biasa tu, sekali sekala tukar selera nak buat shake fancy-fancy~ hahaha

Selamat mencuba~ have a blessing day everyday!!
Ciao~

Earn extra income, Be beautiful, happy and Healthy FarahDzul Independent Herbalife Distributor and Personal Wellness Coach =) call me now!!016-9010257

Tuesday, 20 March 2012

Herbalife halal? Mana cop halal?

Bismillahirrahmanirrahim..

Persoalan yang kerap kali menjadi pertanyaan about Herbalife.
1) Herbalife tu apa?
Senang nak jawab soalan ni bila ramai yang bertanya.
Herbalife ialah produk nutrisi.
Nutrisi selular.
Background produk Herbalife ialah sains =)..Alhamdulillah

2) Herbalife produk buatan mana?
Herbalife ialah produk Amerika.
Segala saintific research dilakukan khas di Makmal molekular dan selular Mark Hughes di Universiti of California, LA.

3) Halal ke? Mana tanda Halal?
Dear..dear.. Herbalife bukan buatan Malaysia yang biasanya cop halal ada pada label produk.
dan jangan sesekali risau ye. Herbalife sangat menitikberatkan sensitiviti pengguna dan muslim's distributor~ Alhamdulillah
Oke. Now, sama-sama kita review berkenaan benarnya Herbalife Halal~

The Islamic Food And Nutrition Council Of America (IFANCA). 
Sijil halal IFANCA digunakan worldwide dan jangan bimbang kerana IFANCA USA diiktiraf oleh JAKIM =)
(link sijil IFANCA: sila klik pada perkataan dibawah ilustrasi~)











Jadi semua,tidak ada alasan lagi untuk ragu-ragu menggunakan produk Herbalife untuk seharian kita. Alhamdulillah. Kalau pun ada yang bertanya di luar sana, xperlu susah-susah. print jer certificate IFANCA ni untuk buat presentation. Rasa ragu-ragu lagi, bukak je MyHerbalife website oke.

Kawan baik saya pernah berkongsi.
"Ternyata produk Herbalife ini halal lagi suci. Malah ia makanan yang terbukti sihat. Bukan lagi alasan, kerana, ramai yang telah mendapat good result dengan amalakan makanan nutrisi ni. Bukan seorang dua. Malah jutaan di seluruh dunia. Kalau benda yang baik, pasti senang je tubuh nak terima dan sihat. Alhamdulillah"
Kan?
Why still waiting?
Kenal sesiapa yang memerlukan Herbalife sebagai solution masalah kesihatan dan weight management?
sekiranya kita tak perlukan Herbalife. fikir semula, siapa insan-insan yang kita sayang yang sangat-sangat perlukan Herbalife sebagai hadiah kesihatan.
Sharekan sahaja.
Mungkin kepada adik beradik, ibu bapa, keluarga besar dan sahabat-sahabat kita~
dan mungkin dengan perkongsian mudah ni, kita mengubah tahap kesihatan ramai lagi masyarakat di dunia sana.
Kesihatan adalah perkara yang tiada ternilai..tak rugi untuk berkongsi perkara yang baik~

Alhamdulillah =)


Earn extra income, Be beautiful, happy and Healthy
FarahDzul
Independent Herbalife Distributor and Personal Wellness Coach =)
call me now!!016-9010257

Monday, 19 March 2012

DREAM or DREAM?

Bismillahirrahmanirrahim..

Bersawang berhabuk blog ni~
uhukhukhukhukhuk...
xda masa untuk blogging?
"aaarrghhh..alasan lapuk!"
malas nak berfikir dan korek idea sebenarnya~
owh..maafkan saya~ T-T

Why dream?
Dreams: are successions of images, ideas, emotions, and sensations that occur involuntarily in the mind during certain stages of sleep or else.[1] 
Wikipedia

Ini bermimpi.
mimpi dalam tidur atau berangan-angan.
nak cerita about this?
Nope, clearly not this one~ but this one

A Dream: a vision, a goal, a desire, these are all things most of us know we need when we are working towards success 

There..there..BERIMPIAN~ =)

How to live our dreams?

Dulu aku adalah seorang anak muda yag hanya tahu bermimpi.
Lebih-lagi tumpang berimpian dan berangan hebat seperti anak-anak orang lain yang ibu bapa mereka senang dan da achieve semua benda.
Sedangkan i have nothing~ menyedihkan.
Aku ada banyak kemahuan besar dan yang aku pandai, bermimpi.
tapi susah aku nak capai. sebab sedar diri tak mampu.

My condition: family sgt sederhana, berani berangan. tak realistik dan tak mampu. hehehehe

Abang pulak sepanjang aku kenal dia, dia lebih faham tentang keadaan dan situasi kewangan.
eventho that time, kami belum lagi bernikah..dia selalu gerun mendengar apa sahaja yang aku hajatkan. Hampir segala2 impian yang aku nyatakan pada dia susah untuk terima dan cakap terang-terang mungkin takkan dipenuhi.
Abang kata, kemahuan aku mewah.
(tapi abang ni bila fokus benda atau perkara yang dia suka, usaha kuat-kuat, senang je nak achieve.)

Abang's condition: Family juga sederhana, realistik keadaan ekonomi. amalkan hidup sederhana dan takut untuk berimpian besar.

So, bila kenal lama, abang ni umpama agen utama untuk naturalkan aku. -_-'
ye, memang pun. aku terkesan dengan cara dia berfikir!
Lama-lama, impian angan-angan aku dapat dihapuskan 85% (the rest remain dalam hati)
dan semakin aku dewasa, semakin aku jugak realistik on how to live my life normally macam orang biasa.. hehehehe
somehow, aku rasa, aku pulak yang adapt cara dia berfikir ke dalam hidup aku.
uhuks, sebenarnya aku jadi akur.Lols

So what?
bila tak mampu, bukan ke semua orang ajar kite untuk become realistic.
live like one?
normal to every people, yes?

Pernah k dalam hidup korang terdetik macam ni?
terpikir-pikir aku ni.. Normal ye situasi ni?

Which if these criteria are we? 
I have uncles and aunts. friend's family.
yang  mana mereka merupakan insan terdekat didalam hidup aku.
yang paling hampir, itu, mereka.
Yang aku nampak sepanjang hidup aku bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya.
Contoh baik ada di depan mata.
walaupun tiada satu pun rahsia yang mereka share or revealkan pada aku satu-satu bagaimana mereka capai impian dan kejayaan dalam hidup.
Hidup mereka jadi perhatian aku. Walaupun background masing-masing berbeza.
lama dalam benak fikiran aku ada how and how. cari jawapan.

and somehow aku boleh concludekan
nak jadi orang yang berjaya ni sebenarnya, bukan datang dari bakat dan kegeniusan.
hiihihih..alhamdulillah.. Allah Maha Adil =)

Segala-gala pasti boleh berlaku sekiranya kita berani berimpian.
tak kisah berani berimpian untuk berjaya walaupun sejak kecik.. yang mana ada determination~
bukan berangan sambil lewa biasa-biasa, dan tiada usaha. itu jadi hampeh~

Sedar x, sebenarnya bila kita mula bermimpi dan berimpikan sesuatu,
Allah detikkan hati dan ilhamkan kita untuk usahakan perkara tu, sedar tak sedar lagi, kadang-kadang, apa yang kita detikkan tu, menjadi doa yang dimakbulkan.
akan tetapi kita sendiri yang limitkan kemahuan dan kemampuan kita untuk mancapainya, lagi-lagi tak ada usaha...hal yang baik tu  tidak menjadi. its fair enough~

Yaw, percayalah.
TUAH memang wujud. Tapi, untuk mereka2 yang telah ditentukan rezekinya oleh Allah. Dia mencari yang punca yang baik, rezeki yang lebih baik datang cara lain. Mungkin orang itu, hatinya murni dan bersih, usaha dan doanya diperkenankan oleh Allah. Allah kan MAHA ADIL dan Maha Pemberi Rahmat =).

dan yakinlah ini.
TUAH tidak terjadi kepada setiap manusia setiap masa.
Realiti hidup tu. Allah nak suruh kita bertuah lagi dengan mencari rezeki alam yang luas terbentang~ lagi banyak dan lagi pelbagai.huhuhuh
tak pelah walau bersusah payah sekarang kan =).. when we realize this, its brilliant! Alhamdulillah..thank you Allah~

@SantapanMinda: Fikirkan hal-hal yg paling hebat, dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

nak share lagi, ada satu hari, masa borak-borak dengan seorang adik, dia cakap macam ni.
"kakak nak tau, masa ayah nak decide beli rumah, dia selalu jalan-jalan survey rumah mewah yang ada, dan selalu ayah cakap pada diri sendiri, one day aku akan ada rumah sama hebat dengan rumah-rumah ni. And samalah bila nak beli kereta atau harta benda yang lain-lain..fokus dan kerja kuat2..ayah bejaya mendapat apa yang diidamnya"
sama lah keadaan nya dengan kawan saya yang nak sangat naik kapal terbang. mak dan ayah dia cuma penoreh getah di felda.
satu hari masa dia kecik-kecik temankan mak pergi toreh getah, dia nampak kapal terbang di langit and cakap, "mak, satu hari nanti saya akan naik kapal terbang", mak senyum dan menjawab,           "belajar rajin-rajin, boleh terus pergi negara ada salji " dan harini pulang sebagai graduan luar negara yang cemerlang.


Berani berimpian. berani kerja kuat dan dapatkannya. Formula untuk berjaya!! 



Jangan jadi begini..
Bila nampak orang ada ini lebih..orang ada itu lebih.
alah kau bolehlah, kau pandai ini, kau lebih itu, mmglah kau berjaya.
atau oh, boleh lah, kau mampu. kau pandai. kerja kau mantap. gaji kau masyuk.
atau oh bolehlah, mak ayah kau orang kaya. kau tak payah susah payah pon takpe.
aku ni apa ada?
*mental rosak..

tapi mental lebih corrupt if macam ni..
ah, kau ada, aku pun nak ada.
kau boleh lebih, kau kaya, hidup kau mewah,
aku pun boleh lebih walau aku tak kaya.
aku pun ada mak bapak.
tak cukup itu ini, ditekan-tekan ayahanda ibunda untuk penuhi apa yang terhajat dihati.
bekerja keraslah mak ayah,menangis dalam hati mencari lebih untuk kemahuan anak.
lupa diri*


copy dari status Muawwidz Al-ansori:
seseorang itu tidak malas..tetapi apa yang menyebabkan dia larut dalam kemalasan adalah kerana dia tidak mempunyai impian hidup yang mencabar,kesannya dia tidak bersungguh-sungguh menghidupkan agenda hariannya, ternyata hidup ini akan menjadi kecil jika arus impian itu juga kecil.
makanya harus terpandu dengan impian yang besar jika mahu hidup dalam jiwa yang besar.

Indeed~
okelah nanti jumpa lagi..~

Earn extra income, Be beautiful, happy and Healthy FarahDzul Independent Herbalife Distributor and Personal Wellness Coach =) call me now!!016-9010257

Thursday, 5 January 2012

Kalau Wan yang bercakap pasal menuntut ilmu~

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Wan jalan-jalan kat Floating Market, Bangkok!
Dulu masa aku kecik-kecik, wan selalu pesan-pesan ,
Kalau tak BERHARTA tak pe, asalkan ada ILMU,
Sebab, kalau berharta, tidak cerdik, cepatlah habis harta benda yang ada.
coz, xpandai manage,xfikir panjang, kalau xsendiri yang boros, kene tipu dek orang.

Kalau berangan tinggi, belajar pun kene tinggi.
Sebab, kalau malas harini, tak pandai belajar harini, esok lusa, orang pakai kereta besar-besar, makan sedap-sedap, duduk dalam rumah besar-besar jaki hati kau tengok nanti.

Tambah lagi, kalau rasa-rasa malas nak belajar, tak mau belajar tinggi-tinggi, bila kita susah, takkan nak mengadah mintak dan menunggu bantuan dari orang lain. Sedangkan kudrat dan keupayaan manusia yang normal, Allah bagi ruang dan peluang sama rata, bila sudah tidak mampu kerana dulu taknak berusaha,
Takkan setiap masa yang lemah tu, nak orang lain tolong selesaikan dan bantu?
Orang luar yang tidak memilih untuk bersimpati, mereka akan pandang rendah.

So nak salahkan siapa?
orang lain yang tidak bersimpati atau kita sendiri yang dari dulu memilih untuk menjadi lemah?

Dulu jugak, selalu disebut-sebut,
Kalau rasa-rasa tak mampu, jangan berangan nak dapat lebih.
Kalau nak beli barang-barang mahal, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
Kalau lupa diri, berhutang untuk gaya, merana badan nanti.

Anak dara, malas nak sekolah, malas nak belajar tinggi, cakap cepat-cepat, kahwin kan je awal-awal macam orang dulu-dulu. itu pun kalau perangai elok, cepatlah orang nak. kalau tak da apa2?
Bujang-bujang, malas nak belajar, malas nak berusaha, nak kerja apa?
takkan nak bagi anak bini makan pasir?
Mak bapak bakal isteri pun takut nak serah tangan pada orang yang masa depan tak tentu hala.
ada unsur material. Lols.. 


Masa kitorang kecik-kecik anak dara,
Ingat kahwin sebab cintan cintan boleh bawak bahagia?
boleh bagi kenyang?
boleh menjamin masa depan kalau dua-dua taknak berusaha?

Kalau dapat suami baik bertanggungjawab, susah macam mana, sekurang-kurangnya, tabahlah hati untuk teruskan hidup bersama selamanya.,

Kalau dapat suami cakap atas angin, cuma pandai lepas pandang dan lepas tangan?
Takkan nak biar hidup sendiri merana lama? anak-anak? takkan nak mengais meratap nasib?

Sekurang-kurangnya, kalau ada pelajaran, ada kerjaya, tidaklah rasa kosong sangat.
Masih ada kekuatan teruskan kehidupan.

Baru membebel ja pasal awal kehidupan,everything seems so harsh, hard and impossible!
*lappeluhyang menitis

Baru pasal belajar bersungguh-sunguh je pon kan?
bukan apa, wan nak anak cucu pandang jauh.
Supaya, berusaha dan belajar dengan keras harini, macam yang semua orang faham, inshaAllah nasib dan masa depan bakal terjamin.

Wan cakap, masa zaman anak kecik-kecik,bukannya zaman senang dan mewah,
macam maktam selalu cerita, orang kalau ada kereta zaman tu, kaya raya sangatlah maknanya.
Jadi, sebab atuk cuma pekerja biasa di Seremban, tak mampu nak beli kereta, gunakan sahajalah kemudahan awam balik kampung.
masa cuti sekolah, nak balik kampung Podeh (Pedas, N.S) dari Seremban, berjalan kakilah dari Pekan Gaing lepas turun bas, balik ke rumah Nyang.

Ada sekali tu, masa wan tahan teksi, nak masuk ramai-ramai..
Pemandu teksi tak bagi naik semua, dimarah-marah sebab ramai sangat,
"dah tu? yang beranak ramai sangat kenapa?"
aiyoo aku tepuk dahi~senang-senang je kutuk orang lain? macam takda hati perut tengok orang lain susah. (-.-')..

Wan buat pekak, hati tak payah cakap, memang marah lah, tahan kan saja.
tapi sebab memang betul, sebab tak ada pilihan.
at the end, sume decide, menapak je sampai rumah Nyang.
bergilir-gilirlah angkat barang
sedih hati aku dengar. tu zaman 60-70an tu..
zaman dulu, yang aku tahu ramai orang yang baik-baik hati, pun ada perangai2 cakap macam-macam.
Nikan pulak zaman sekarang? cuba korang diam-diam fikir.

Mulai hari tu, lebihlah kuat nekad di hati wan.
Makin kuat dan makin nak berjaya dalam hidup.
Anak cucu akan di asuh untuk belajar baik-baik.
Supaya, akan datang, tak mudah orang nak perlekeh.

see, coz of simple things!
Simple things happen, people start to change the way they think and looking foward for changes for better life. Sometimes, the difficulties and desperations makes 'em strong and the real potentials appear from no where!!
POSITIVE STRESS!!

Aku tanya wan 2tahun lepas masa tengah masak sama-sama. Masa tu umur wan 70tahun.
Aku: wan, kalau boleh undur masa ke zaman muda, ape benda yang paling wan nak buat sangat-sangat?

Wan: wan nak belajar dan wan nak masuk University.
Whoa..cop!
Oke.. (-.-") aku terdiam kot masa tu.
tapi gila terharu. sebab terasa semangat nak nak belajar.
Cumanya dulu wan tak ada peluang.

Dulu masa kat kampung,mungkin tak ramai yang encourage anak-anak untuk belajar tinggi-tinggi.
Maybe takda langsung.
Walaupun wan tak habis sekolah, cuma pandai membaca jawi da rumi dan basic calculation. Semangat yang datang untuk terus berjaya tak pernah padam.
Serius.
Wan tak senang give up orangnya.
Maybe sebab wan tinggal di Bandar Seremban, bila wan bercampur dengan ibu bapa lebih ramai yang bekerja, yang mempunyai anak-anak yang bijak di sekolah, wan nampak bagaimana dan kenapa anak-anak wajib berjaya. Fikiran lebih terbuka untuk belajar dan tanamkan dalam jiwa anak-anak untuk terus cemerlang dunia akhirat!

But when we talk about human beings. we talk about many characters and attitudes!
There's some of people,
Bila yang terlalu mahu, tapi tak dapat peluang tu, atau mereka tahu dan telah mencapainya,
hanya mereka lah yang sedar akan nilai sebuah ilmu.
mereka juga lah akan menjadi insan yang paling appreaciate dan suka untuk menyedarkan orang-orang yang disayangi untuk tidak mensia-siakan ilmu.
(sebab nilai ilmu itu terlalu berharga untuk mereka)

Compare with some of  orang yang senang-senang dapat everything dan tiada cita-cita tinggi. atau tidak langsung sedar diri.

They maybe tend to jadi mudah lupa diri dan tidak kisah apa tanggungjawab mereka.
Nilai ilmu jadi murah, bagi macam-macam, sedia everything macam mana pun. Tak bermakna.
Sebab mereka tidak bersusah-susah dan sedar untuk mendapatkannya!

Umpama disuruh naik tangga yang tinggi ada berlian dipuncak!
mereka tidak tahu nilai berlian itu lumayan, yang bakal menyenangkan mereka.
and somehow, easily they refuse untuk naik melangkah untuk mendapatkannya.
how much  kita stresskan betapa bernilainya berlian, if they dont want to believe, it wouldn't happend.
At one point,how hard we try to push 'em to move, until die jatuh menghimpap kita pun, selagi mereka tidak sedar dan menolak tak mahu, mereka takkan berusaha!

And thats when we talk about if bernilainya berlian tu equal to ilmu!
And of courselah nilai ilmu lebih-lebih lagi. Sebab, ilmu = kehidupan!

So, back to basic!
Imu sangat penting!
Effort juga sangat penting!
Salah satu kalau pincang, takkan berlaku~
Kalau sedar ilmu berharga, if takda effort untuk cari dan mendapatkannya, its priceless.

Oke, just share bagaimana, sorang wan menyedarkan anak cucu nya untuk berjaya.
Memang betul, cemerlang akademik sahaja bukan penentu untuk kita berjaya dunia akhirat.
Sama lah jugak, berharta menggunung tinggi dan melangit luas pun bukan lah kunci utama kejayaan hidup.

Tapi dengan disiplin, kesedaran yang tinggi, usaha dan tanggungjawab..
all of us boleh cemerlang dunia akhirat!
Kita inshaAllah boleh survive!

Sebab tu kita membincangkan tentang ILMU kerana ilmu Allah sangatlah luas!! Umpama buih-buih di lautan tak terkira banyaknya.

Bila kita berilmu, kita tahu bagaimana mahu menimbal balik ruang dan peluang, tahu bagaimana nak menggunakan akal fikiran dengan cerdas ketika dalam keadaan kritikal, dan mampu contribute good deeds kepada seluruh masyarakat.
Cerdik bila berfikir, cerdik bila bercakap dan cerdik bila bertindak!
Bukan untuk senang diri sendiri je. Tapi manfaat kepada semua!

Oke!!
Untuk adik-adik.. 
wahahahah.. selamat la ye kembali ke alam persekolahan!
semalam 4 Jan da mula 1st day, untuk tahun 2012 kan?
Hohohoh.. belajar betul2!! Jangan main-main!


Eventually, same things goes with how you treat yourself in Herbalife.
Well, macam yang kita tahu!
Dengan Herbalife, kene belajar!
Ada sangat banyak event and training!
Basic to personal to development training and many of 'em!

YOU TREAT YOURSELF!
You know Herballife is so fantastic. It seems wonderful.
Somehow, you didn't want to learn how to make it happen for you,trust me it would not happen~
You will never know how to explain, how to educate others, you didn't learn, you'll not earn anything and foremost you'll never change!
SO YOU DECIDE NAK JADIKAN HERBALIFE BERMAKNA UNTUK KEHIDUPAN DAN MEMBERI NILAI NYA KEPADA YANG TERSAYANG OR VICE VERSA! 
Not others!!
 
Ciao!


Earn extra income, Be beautiful, happy and Healthy FarahDzul Independent Herbalife Distributor and Personal Wellness Coach =) call me now!!016-9010257
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...